aku hanya insan biasa

Selamat datang n selamat pulang la korang ye..!hehe. hope xpening baca entry aku.. btrabur kot..ahahaha




Saturday, December 17, 2011

al hijab..




AL HIJAB....

kalau cerita pasal hijab mula-mula ingatkan pasal tudung. Tak tahu pulak cerita al hijab tu pasal MATA KE-3.. Mula-mula ingatkan cerita tu macam cerita NUR KASIH yang more tu keagaamaan. Last2 tengok OHHH..CERITA HANTU RUPANYA. Berkisahkan mengenai lelaki yang tak pernah mempercayai kewujudan hantu, dan dia di beri tawaran memegang watak utama untuk sebuah filem genre SERAM. Dia tidak langsung mempercayai kewujudan hantu dan tak pernah ada rasa takut pada hantu kerana dia adalah insan yang tidak langsung wujud hijab pada dirinya. Dia dengan nekad untuk bukak hijabnya untuk merasai bagaimana rasa kewujudan hantu> Dia berbuat demikian untuk mendapatkan feel berlakon cerita seram itu.

HIjab bermaksud mata ketiga.
Hanya orang tertentu sahaja yang boleh mendapat hijab. Memang rezeki tu.
Kalau kita nak bukak hijab ,berdasarkan cerita AL HIJAB tu hanya orang yang membuka hijab seseorang itu saja yang boleh menutupnya kembali. Sekiranya orang itu kembali ke rahmatullah agak-agak siapa apa ye yang akan jadi. So renung-renungkan lah. Memang sengsara dan boleh jadi gila taw kalau betul-betul kita ada hijab yang kuat.

Ha cerita pasal hijab ni, kita nak bagitahu sikit yang kita rasa kita ni ada sedikit hijab rezeki dari ALLAh untuk pertontonkan segala dunia lain pada kita.

Contohnya kita nak bagitahu kat sini, kita senang untuk merasa kehadiran makhluk-makhluk halus. Kita juga pernah diberi keizinan ALLAH untuk melihatnya sendiri di depan mata dan juga di dalam mimpi nya nyata. Awak-awak semua paham tak apa tu dalam mimpi yang nya?? Kita pun tak tahu lah nak cakap macam mana sebabnya susah untuk kita ungkapkan di sini. Hanya orang yang pernah merasainya akan paham apa yang kita sedang perkatakan.

mungkin bagi sesetengah orang benda ni adalah benda yang karut. Tetapi ini terpulang lah pada individu itu sendiri untuk mempercayainya ataupun tidak.

kita ada sedikit nak kongsi cerita yang pernah kita alami.

CERITA SATU..

Suatu malam ketika kita sedang nyenyak tidur ada satu bayi kecil duduk di atas dada kita. kelihatan macam seekor anak toyol. Dia mempunyai mata yang sangat bulat, kepala yang botak dan hanya memandang ke arahku da nampak macam langsung tak nak lepaskan kita. Kita pelik jugaklah apa motif mimpi ni kan. Bila lama-lama kita pergi pada yang pakar. Pakar tu cakap itu anak toyol. Wooo dalam hati BIARRR BETIKK..???

Cerita DUA..

Semasa di asrama sebuah sekolah teknik di MELAKA. Pada awalnya kita memang takut sangat nak duduk situ sebabnya kawasan sekolah tu dipenghujung kampung dan betul-betul di dalam kawasan kelapa sawit.

Macam-macam kejadian aneh di situ. Pada minggu pertama kita di sana. Kita nampak seperti seorang wanita membalut tubuhnya dengan telekung. Kita hanya nampak benda ni di setiap penjuru bumbung. Memang masa tu tak tahu la nak cakap apa. Sebabnya kawan-kawan kita tak pernah merungut nampak apa yang kita nampak. Kita selalu balik prep(study) dalam kul 10 lebih malam tau. Dekat situ 10 lebih memang dah sunyi sangat dah. Orang cakap kalau kita bagitahu orang apa yang kita nampak, kita tak akan nampak benda tu lagi tau. berminggu-minggu kita tahan diri ni untuk tak bagitahu pada kawan-kawan. Tapi pada suatu malam tu mulut ni nak sangat cakap. Tapi keesokkannya kita dah tak nampak benda-benda tu lagi. UNIKK KAN..???
Bagi kita itu adalah rezeki sebabnya tak semua orang boleh nampak apa yang kita nampak.

CERITA TIGA..

Semasa kita bercuti di banglo PD. Memang pun orang cakap banglo tu agak seram-seram sikit sebabnya macam-macam orang pernah lalui. Tapi tempat tu tak lah teuk sangat sampai jadi tempat yang menyeramkan. Ada satu hari tu. Mama amik master bedroom. Dalam bilik tu ada beranda. Kebetulan pulak kitaorg saja tutup lampu bilik tu and kita, mama and aboy pergilah kat beranda tu konon2 amik angin malam gitu.cewahh.
Lepas settle amik angin malam, aku masuk pastu diikuti mama and tetiba mama tutup pintu.Kita cakap kat mama "MA ABOY DEKAT LUAR TU NAPE MAMA TUTUP PINTU". Mama cakap "MANA ADA ABOY LA". JENG! JENG! JENG!... Siapakah gerangan budak lelaki kecil yang ada kat depan kita tadi tu?? adakah dia menyerupai?? Tapi dia sikit pun tak kacau. hanya muncul macam tu saja.

CERITA EMPAT..

Kisah ni terjadi sewaktu kita melawat arwah atuk kita masa december 2008 di Hospital Kuala Lumpur. Cerita dia macam ni. lepas ziarah atuk kitaorang nak balik and pergi lah ke lif ni nak turun kat bawah. Kebetulan masa nak jalan tu ada cermin. sambil tunggu-tunggu lif tengok cermin. Dalam otak duk pikiaq. "ISH ANAK SAPA LAH DUK LARI-LARI IKUT BLAKANG MAMA TU??" Bila tengok mama. tak ada pun budak tu. Bila tengok dalam cermin ada je..Pelik kan. Tapi time ni kita dengan kakak je yang nampak budak tu. Cuma dalam fikiran ni asyik terfikir-fikir apa benda la tu kan. Perasaan ni memang tak ada rasa takut cuma rasa mushkil je. hurmm....

CERITA LIMA..

Kita ni memang kerjanya menjala la kan. Bukan menjala ikan la wak. Menjala roti jala tu haa..hehehe! Kalau ada order yang banyak nak2 pulak customer tu nak pagi2, memang awal pagi sangat lah kita kena bangun. Selalunya mama yang akan kejut kita untuk buat benda ni. Tengok la kalau beratus-ratus banyaknya kul 4 kita bangun. Dulu rasa nak buat 100 keping rasa banyaj sangat je. Sekarang buat 500 above kira bole chill lagi lah tapi pening nya lepas tu tak terhingga lah.hehe. Ok kita dah lari tajuk pulak. Ok berbalik pada kisah kita tadi. Kalau kita cakap bangun pagi buta tu memang time tu semua orang tengah tido lah kan. Kita buat lah kerja menjala kita ni dalam keadaan mamai. Buat pulak betul-betul menghadap tingkap. Memang kita akan bukak tingkap tu sikit untuk bagi udara keluar. Tengah-tengah menjala tu, tiba-tiba ada lelaki pakai jubah duduk berdiri tegak depan kita jauhnya 2kaki tak silap. Memang confirm dia pandang arah kita. Kita masa tu pelik je pasal apa tetiba ada orang duk depan kita pulak kan. Kita pun teruskan je lah kerja kita. Kita buat kerja sambil usha kejap buat keja kejap usha.hehe.. Tapi kita tak berani pandang muka dia. kita hanya nampak dada kebawah je.Kita agak-agaklah lelaki tua kot. Memang tak lah kita nak pandang muka dia kan. Ada pengsan kat situ kang. Siapa yang menjala siapa pun tak tahu kang.haha.. Dalam 5-10 minit jugak lah dia duduk depan kita. Lepas tu kita tak ingat sangat lah, kita rasa lepas tu dia pergi macam tu je. Kita masih tak tahu apa maksud semua ni..???(thinking)

CERITA SELANJUTNYA...

Nak cerita selanjutnya??hehe tak payahlah. penat lah nak menaip. Tu saja yang kita boleh kongsi. Mungkin bagi setengah orang cerita ni macam bohonh kan??.. Tapi it's up to you kalau nak mempercayainya ataupun tidakk =)

Mama ada jumpa pakar perubatan islam..mama ajak kita sekali.
kita malas sebenarnya nak pergi.hehe. Sebab kita bukannya sakit ke apa kan.
Tapi orang yang ubat ni cakap memang ada benda yang kita tahu tau.. Tapi mintak-mintak tak ada apa2 yang berlaku la kan. Orang tu cakap kat mama nak tutup mata tak? Pastu mama balik mama tanya kita kalau nak tutup mata orang tu boleh tolong. Kita cakap kat mama balik "TAK PAYAH LA MA, AILA BUKAN TERUK SANGAT PUN SAMPAI BOLEH GILA KAN.LAGIPUN BUKAN NYA SAKIT PUN. hehehe orang degil macam tu la kot..

Tapi tak apa mintak-mintak tak ada apa-apa la kan.
Haaaa itu saja cerita pasal al-hijab dari kitaa..

chow chin chow... :*

Thursday, December 9, 2010

POINTER

huhu..ting tong...



sudah lama tidak menjengah blog ini..

Yela sibuk je.. Ala update pun suka2 je pun...

blog ni pun terlalu berahsia maksud aku tidak diketahui orang. Mana tidaknya, aku xadd and tak paparkan kat mana2 pun blog aku ni..so aku kesepian tiada kawan..hahah!



Ala aku lebih suka macam ni..

Bagi aku blog ni hanya untuk meluahkan segala isi yang tersurat dan tersirat..cewaaahhhhh! =)

tunggulah dah tiba masanya nanti mungkin aku akan paparkan juga..



Ala lagipun aku bukannya ada masa macam blogger2 lain yang everyday duk ngadap laptop create new story...! Aku ni kalau rasa rajin barulah singgah blog. Kalau tak rajin jawabnya 1tahun pun bole jadi aku tak jengah..hehe =)



Haaa..sebenarnya point nya disini adalah pasal POINTER..

Waaa u know what, i got 3.41 for third sem ok..!

i'm so kaget..! Sebabnya aku tak bole buat exam time final tu..

Maksud aku, aku Hentam saja..hahah!

So ini adalah result yang tidak kusangka2...

i think that mid exam was help me to get the POWER result..heheh!.

idaklah POWER mana pun.. tapi boleh dibanggakan kerana kadang2 aku sangat lah bebal.. hahahah =)



So jangan pandang sebelah mata haaa..!

Saturday, June 19, 2010

sayang....

............SAYANG...............
korang taw ape maksud sayang?
taw?
haha kalau taw kenapa boleh gaduh2 lepastu putus..hahaah
xsayang la tu kan..
hurm....
SO FAHAMI LA MAKSUD SAYANG TU SEBETULNYA
aku takut untuk sayang orang sebab nak sayang orang tu senang tapi susah untuk percaya yang seseorang tu betul ke tidak sayang kita.
(wah dah la lagu yang berkumandang kat RADIO sekarang semuanya sedih2)
Kenapa orang lain temui kabahagiaan..
Tapi aku?aku susahh utk temui semua tu..
tapi kenapa aku?
Hurm mungkin da nasib badan..
Kenapa orang lain senang utk luahkan kata2..
tapi aku?
AKU TAKUT
aku takut kalau aku luahkan semua..apa yang aku impikan xmenjadi..
dari aku sakit hati,baik aku berdiam diri kan.!
itu la yang terbaik untuk aku...
Tapi aku tidak pernah peroleh cinta yang betul2 buat aku jatuh cinta..
Hurm macam cerita cinta BUDAK SETAN..
Wah sangat romantik...
Aku memang ramai kawan..
Tapi tak semestinya aku layan tu aku suka..
Ye layan macam kawan..
mungkin orang fikir layanan aku ni bererti..?
Aku hanya layan seseorang tu sebagai kawan..
tak lebih daripada tu..
AKU BAGI HARAPAN?
oh tak la..
tapi ramai orang cakap macam tu..
Yela kalau aku tak layan, mula la cakap aku sombong.
Tapi bila aku da layan, cakap aku ada hati pulak..
Aku pandai layan?
hahah
biasa2 je kot..
Memang dalam banyak kawan2 yang kita ada,mesti kita ada minat kat sorang.
And kita akan layan dia lebih dari kawan lain...
Tapi cuma xluahkan jela.So dia pun tak taw apa perasaan kita.
Bak kata kawan aku ni.. Bagi HINT la sikit...
haha HINT?
hurm kadang2 hint pun xjadi..
so nak bagi apa lagi kan???
Orang cakap baik menerima orang yang betul2 suka kita dari kita yang suka orang tu..
Sebab orang yang suka kita ni akan menghargai kita..
Tapi tak apa la..
mungkin semua yang berlaku ada hikmah nya
Kita cuma menunggu siapa la jodoh kita..
Setiap orang pasti ada pasangannya..
Cuma tunggu bila dan dengan siapa..
Hurm sebenarnya ada lagi benda yang aku nak sampai kan..
Tapi tak apa la...
nanti aku sambung..
Sebab i got 2 go..!
daaaaa..!

Sunday, June 13, 2010

Meminang.........

Gadis berbaju jingga
Time sarung cincin

Time soal jawab


Ni pokok limau pelik...haha



Ha ni la org jakun tgk limau unik..haha


dara n mak dara with hantaran yg sebelum di cukai


best cukai antaran orang..haha

menyempat je posing

after makan


before keluar snap dulu..huhu

Dengan berkebaya biru berbunga-bunga aku pi ikut dieorang meminang anak gadis untuk cousin aku yg umurnya dah pun 39 tahun xsilap aku la..hehe
Kiteorang pi minang gadis yang umurnya baru mencecah 25 tahun..manis orangnya dengan berbaju jingga dan bersarung di kepala..hehe

Hubungan dieorang pun bukan atas dasar cinta..Sebab apa yang aku taw dieorang baru jr kenal, Tu pun family carikan.And xsilap aku jugak dieorang ni bersedara la tapi xrapat sangat so tak saling mengenali..
Tapi masa nak sarung cincin,suruh la gadis ni keluar dari bilik..
Nampak sangat manis dan lembut orangnya..
bak kata makcik2 aku FRIENDLY orangnya..
Yela time pi merisik masa tu aku tak dapat ikut..so time merisik tu la dieorang pi and suka dengan perangai perempuan ni yang xkekok bila berdepan dengan orang...
(kalau aku mau kaku)hahaahah

Tempat yang kiteorg pi ni pun kat REMBAU kawasan perkampungan jugak la...
Yang paling UNIK skali nama jalan dia...
NAK TAW APA?
JLN 3 NENEK..ahahaha
ada nenek 1 n seterusnya...haha

dalam perjalanan nak pi sana..
yang paling aku terkejut skali..
ada white board yang bertulis
TOLO mura..
kat kepala ni duk pikiaq APA LA TOLO tu kan..
maybe cadar or bantal kekabu kot..hahaha
Yela kat tepi2 jalan tu slalu ada orang jual bantal kekabu tu semua..
Bila da jalan depan sikit baru aku tau rupa2 nya TOLO means TELUR..hahah
yela lupa kat NEGERI SEMBILAN kan...heheh
comel je nama TOLO...

Ni ada la sikit gambar2 kiteorang bergaya dan berpelik melihat pokok limau,...hahah


Saturday, June 5, 2010

Selaput Dara

Haaaaaa...! Korang nak dengar cerita tak??
Ok hari ni aku nak jadi DOKTOR kejap..heheh
Tajuk entry hari ni adalah pasal SELAPUT DARA.

haa! cerita pasal selaput dara..
aku nak bagi sikit la kan informasi pasal benda yang memang ada kat setiap perempuan.
kadang2 orang xpernah taw and x pernah nak amek taw pasal benda2 ni...
sebab tula kadang2 hubungan menjadi renggang apabila selepas malam pertama..
ok malas nak cerita panjang kat sini..
korang baca jela info yang aku nak bagi ni k..!

Ok.setiap perempuan mempunyai selaput dara..
TETAPI...
tetapi setiap perempuan mempunyai selaput dara yang berbeza2..
ha tu kadang2 benda yang orang xtaw...
BERBEZA2?
ha mesti korang tertanya2 kan apalah yang berbeza tu..

Ada orang yang selaput dara dia nipis dan ada yang tebal..
bagi yang nipis ia agak mudah pecah la...
and bagi yang tebal ia agak sukar utk pecah..
and ini akan menyebabkan kesukaran mendapat anak..

Apa yang aku taw buat masa ni selaput dara ada 4 jenis...

1) Annular : Selaput yang melingkari lubang vagina
2) Septate : Selaput yang mempunyai beberapa lubang yang terbuka
3) Cibriform : Selaput yang mempunyai lubang terbuka tetapi lebih kecil dan banyak
4) Introitus : bagi perempuan yang berpengalaman dalam hubungan seksual..

Bentuk2 nya macam ni :


Dari kiri : annular, septate, cibriform and Introitus..

So harap dari apa yang aku bagi ni korang dapat la tambah ilmu sikit kat otak tu kan..hehe

p/s : Benda ni penting untuk perempuan...!

Thursday, June 3, 2010

AKU XMAU KAWENNNNN..hahaha

Ha aku xnak kawinnnnnnnnnn..hahaha

bukan xnak kawin tapi takut nak kawin bila dengar cerita macam2 pasal kehidupan rumah tangga ni..Bila nak difikirkan balik la kan, baik xpayah kawin kalau menyusahkan diri sendiri je..

COOoooopppp! aku bukan menggatal nak cerita pasal kawin ni. tapi aku cerita utk pengajaran diri sendiri. Yela macam2 pengalaman kawin yang aku dengar dari kawan2 aku..! HUh yang kata best pun ada, yang kata menyesal kawin pun ada..And yang paling aku xsuka dengar bila kawan aku nak cerai dengan suami dia..huh lama betul tak jumpa sampai x taw perkembangan dieorang..anak dia pun dah setaun lebih...comel! sekali je aku penah tengok, tu pun masa umur baby tu sebulan mcm tu..! Bila dah lama xjumpa memang la macam2 cerita ada..Ada kawan yang dah tunang pun aku xtaw cerita..huh busy betul aku sampai xtaw perkembangan dieorg.!

Haha tunang sana kawin sana, tukar2 bf..bila orang tanya aku..KO DENGAN SIAPA SEKARANG? hahahahaha (aku mampu gelak jela)! AKU MACAM BIASA SINGLE MINGLE..haha! dasyat betul aku kan.. paling last pun time form3 dulu2.. N paling last sekali tahun lepas.Tu pun dengan lelaki bau2 bachang..hurm memang makcik aku xnak pun aku dengan dia..so lame2 aku putuskan hubungan ni ,walaupun hubungan ni xla lama mana. Tapi dia ni bagus sikit aku mintak tolong,dia akan tolong.(tapi xtaw la hati dia ikhlas ke tak kan..) hehe
Aku ingat lagi masa aku berbuka puasa dengan dia..dia cakap " U minyak dah naik, nanti nak beli motor kita naik motor jela k?hehe" aku jawab "HEEEE..TAKUT KOT" aku memang takut sikit naik moto ni..tapi boleh la naik..kalau da jauh2 tu memang xla aku nak naik..Entah, xtaw la nape takut sangat nak naik moto tu..! Wah dah menyimpang jauh dah cerita aku ni.. cerita2 pasal kawen da cerita ke ex bf lak..!haha

Berbalik pada cerita kawin tadi ye puan2 dan tuan2..hahahaha(formal lak)
erm borak punye borak aku xtaw lak dia ngan suami dia nga krisis sekarang ni..hahah yela xtaw cerita kan..Patut la aku tanya BABY PANGGIL APE? MAMA KE APA? dia jawab IBU.. and aku tanya DIA PANGGIL BAPAK DIA APA? dia jawab ENTAH LA AYAH KE BAPAK KE XTAW LA. (time dia jawab muka dia agak lain macam jugak la) k aku senyum jela.. aku tanya SUAMI BUAT APA SEKARANG? dia jawab ERM ENTAH LA..(pelik gak aku xkan suami sendiri pun xtaw kan) ...and dia cakap AKU DENGAN SUAMI DA DA XDE PAPE DA DALAM PROSES CERAI...(aku amat lah terkujat) memang terkejut la..yela masa bercinta semua nya manis. tapi bila dah kawin setaun lebih je kot tahan..huh memang aku sangat lah terkejut.xsangka gile.. yela time kat sekolah dulu bagaikan enggang dengan pipit..hehe! Aku kesian kan baby tu je sebenarnya, yela nanti dia tanya MANA AYAH? ha xke pening mak nye nak menjawab kan..!
Tapi kawan aku ni tabah. Walaupun benda ni jadi dia masih boleh kerja and sara anak dia.. yela masa kawin pun, die cerita suami dia dengar cakap mak sangat..yela duduk umah mak mertua kan. macam2 boleh jadi. Kalau dapat mak mertua yang ok, ok la kan. Tapi kalau dapat mak mertua yang xok?hurm jawab nye bersabar jela..(huh terasa risau pulak, macam mana la mak mertue aku nanti kan..haha) dia cerita suami dia amatlah anak mak, and penting kan mak dia dari kawan aku ni. Maksud aku bukan nya xboleh pentingkan mak..pentingkan mak sendiri tu betul sangat2..tapi kita kena balance la..isteri pun ada perasaan.. Kenapa la sampai kena sepak terajang kan?oh..isteri ni memang untuk di sepak terajang ke?huh kesian aku dengar.. tergamak laki tu buat macam ni kan..YA ALLAH apa la nak jadi dengan dunia ni..walaupun aku hamba yang lemah tapi aku mampu berfikir waras..! kenapa orang lain xboleh nak berfikir macam yang aku fikirkan..susah sangat ke?Hurmmm ni la godaan SYAITAN nama nye..! Dulu aku selalu pelik and terkejut bila dengar pasal mak mertue hina2 isteri untuk menang kan anak die sendiri.. Tapi sekarang benda ni betul2 jadi kat kawan aku..Kenapa la mak mertua dia sanggup caci maki dia. huh sampai kan gaji dia xbagi kat suami dia pun mak mertue dia call dia tanya
" KENAPA XBAGI SUAMI PEGANG DUIT " Sedangkan si suami tu xpernah pun nak hulur duit kat dia.. sampai kan susu anak pun dia yang beli sendiri.. Hei mak mertua2. awak tu pun perempuan kenapa la awak xdapat nak fikir perasaan seorang perempuan bila diperlakukan macam tu sekali..ish..xtaw la nak cakap macam mana da..HUrmmm.. Yang paling aku sedih bila dengar cerita kawan aku ni... Bila bangun dari tido mak lelaki ni boleh kiss anak dia..(anak mak), tu xkesah la kan da anak dia.. tapi yang paling xboleh blah sekali bila kawan aku ni tanya NAK MAKAN APA,ORANG MASAK..lelaki ni xmau pun cakap. and BILA MAK LELAKI NI TANYA NAK MAKAN APA?ada je menu yang dia cakap.ish2! LELAKI2....! xpaham aku....
waaaaaaa kesian kan...! takut aku bila dengar cerita macam ni..yela CINTA BAGAI NAK RAK.. bila kawin MANA JANJI2 MANIS YANG KO CAKAP DULU?huh! macam tu lah kehidupan...

Yang aku, boleh dengar cerita and bagi lah pendapat sikit2 yang mampu..and jadikan benda ni sebagai pengajaran...! MINTAK LAH DIJAUHKAN BENDA2 MACAM NI BERLAKU KAT AKU..AMIN...!

Tuesday, June 1, 2010

New semester begins

OMG..tu yang aku boleh cakap..!
6 subjek on this sem..
6 sbjek xkesah sangat..tapi yang aku kesah sekarang ni sbjek gile tuf2..!huh
parah...!cedera parah otak aku nanti..
hope xmacam tu la kan..haha

1) Matematik Pengukuhan
2) Parasitologi 2
3) Mikrobiologi 3
4) Imunohematologi Klinikal 1
5) Diagnostik Hematologi 2
6) Biokimia Klinikal

ha aku dgr pun cam susah..
bile blaja xtaw la susah ke ke x kan..hahaha
nak seribu daya,xmau seribu dalih...
mane ada belajar yang senang kan..

tapi mengantukla kelas pepagi..
ada yang start from 8 am until 6 pm..ayoo! ponat la..!

THIS IS DA TIME TABLE FOR THIS SEM...

MONDAY: 11am - 1pm (MIKROB) & 1pm - 3pm (M3)

TUESDAY : 8am - 10am ( PARASIT ) & 10am - 11am ( MIKROB ) & 11am - 12 pm ( lunch ) & 12 pm - 2pm (HEMA) & 2pm - 4pm ( afternoon break ) & 4pm - 6pm ( BIO KLINIKAL )

WEDNESDAY : 8am - 10am ( IMUNHEMATO ) & 10am - 11am ( breakfast time ) &
11am - 1pm ( M3 ) & 1pm - 3pm ( PARASIT )

THURSDAY : 2pm - 3pm ( MIKROB ) & 3pm - 4pm ( IMUNHEMATO )

FRIDAY : 9am - 11 am ( BIO KLINIKAL ) & 11am - 4.30pm ( break ) & 4.30pm - 6.30pm ( HEMA )

Berkemungkinan kiteorang dapat cuti sekejap je utk raya..
and yang paling xsuka sekali FINAL lepas raya...
pergh..mmg xla kan nak baca buku time raya2 tu..huh
masuk je cuti dari raya, trus ke study week.
and next week nye FINAL PUN BERMULA....
waduh.waduhhhhhhhhhhhhhh!

Friday, May 21, 2010

Aku bukAn orang yang berharap...!

Aku ni jenis xsuka berharap...
dan aku bukan jenis yang suka terhegeh2 kat seseorang..
senang cerita aku ni jenis yang..
kalau ada,ada lah
kalu xada,xada lah kan..!

senang cerita dalam hal ni kita kena jadi PRO..................
kena matang jugak la...

sebab tu aku xsuka benda yang boleh mainkan perasaan...
xsuka3...!

ye aku akui ,....
kalau aku da sayang orang tu memang aku sayang betul2..!
so xpayah la nak risau aku nak kat lelaki lain or pergi kat lelaki lain ke kan..
sebab aku bukan perempuan yang jenis macam tu.....!

Aku ni jenis nak kata xada perasaan tu tipu la kan....!
tapi aku boleh buang jauh2 perasaan tu kalau aku perlu buang....
so bagi aku benda ni simple...!...

sebab tu aku ni jenis xsuka nak bercinta2 ni..
kalau boleh nak macam mama n abah...
baru je kenal bape bulan da tunang n kawen..hahah

yela maksud aku..aku nak kan hubungan yang berkekalan...
bukan cinta monyet....!

sucinya bertudung

1) eh da pakai tudung ke?
2) la sejak bile pakai tudung?
3) eeee,cantik lah pakai tudung..!
4) eh betul ke ni pakai tudung....?
5) sueeeeeeeee!(terkejut gamaknyee)
6) sue nampak lain..
7) wahhh budak baru la...
8) sue lagi cantik pakai tudung...
9) dan macam2 lagi..hahaha

hahaahahahhahaha kelakar kan....
macam2 respon ada..!

ha tapi kebanyakkannya nak aku bertudung..huh
bila aku xbertudung org tanya !
Mana yuna?mana yuni?mana budak baru tu?hahahahahaha
macam2 ada..!

aduh buat masa sekarang aku cuma cuba2 pakai tudung..
sebab yela kena cuba2 dulu..
bila aku da rasa selesa baru aku teruskan...
aku xnak la da pakai pastu bukak balik...
yela mesti kena cuba2 dulu..
macam ORANG MEROKOK...
mana la boleh terus benti kan..
mesti la kena benti slow2..!
kan3?hahaha

TIME KAT KOLEJ.....

nak pi jawab exam la ni kan..
masuk AUDI je..
masuk pintu je...aku nampak sir nun jauh kat dalam tu..
tapi straight aku jela...
sir pandang 2kali..hahah
aku pe lagi senyum jela..
aku da taw napa dia pandang 2kali..
sebab dia terkejut kot..hahah
bile aku nak pi letak beg kat belakang AUDI..
dia datang kat aku
cakap...

SIR : SUEEE..! EI LAIN LA TAPI OK>>
TU LA SAYA TENGOK DALAM FB AWK ADA PAKAI TUDUNG>>>HEHE

AKU : hehehe(senyum je)
SAYA CUBA2 DULU NI....

TIME NGA JAWAB EXAM...

maybe miss nampak aku cam da blur nak jawab paper yang memeningkan kepala tuh..
dia tanya...

MISS : SUE! MEMANG DA PAKAI TUDUNG KE?

AKU : SAYA CUMA CUBA2 DULU..!

MISS : TAPI CANTIK LA...!(dengan semangat nya dia cakap )

AKU : (senyum je..hehe)

boleh pulak borak2 time exam an..haha..kelakar je..!

YANG PALING AKU TERKEJUT SEKALI....

JEJAKA : HA KAN CANTIK PAKAI TUDUNG...
AKU : (senyum je)

sebab dia agak serius la...aku xsangka dia leh cakap kat aku camtu sekali...!
tergamam gak la..!(ganteng gak orangnya..haha)

ini la hari bertudung..hahahaahah
sebab kat kolej semua pandang aku cam pelik je..hahahaha!
aku pun rasa aku agak pelik hari tu..hahaha!

Wednesday, May 19, 2010

kite memang xde jodoh....




Sue Sharin February 2 at 12:44pm

Maybe u didnt even notice of my existence at college..but apparently,i'd become a so-called "stalker" right after i saw ur mesmerising adorable look at da MSU talk in audi.my curiousity 2 know bout urself finally burst out when i saw u again at SHS bowling last wdnsday.i incidentally overheard ur frens call ur name "SU". I'm just try 2 search bout u in FB,and luckily i found it!Maybe it sounds surreal 2 u..pls keep dis as a secret or i'll be embrassed when other people know bout dis.can u? Pls3..

hahaha kalau la korang dapat mesej camni..ape perasaan?
kalau aku memang terkejut la..
sebab time kat AUDI tu aku duk bantai terkelip2 mata nak tido...haha
memang buruk la perangai time tu..
yang aku kalau da kena ceramah2 ni..memang la mengantuk..
kalau aku xpi dengar ceramah ni dengar cerita kena cuci toilet..
sebab tula aku pi..hahaaha

and yang paling xboleh blahhh lg..
time kat bowling...hahaha
perangai memang macam ape ddaaaaaa....
boleh duk lage2 muntut lagi...hahahhahahah
adui sue!sue! ape la nak jadi..hahaha

tapi apakan daya..
jodoh aku ngan lelaki ni memang tak ada..
aku memang xde perasaan dgn dia...
nak buat mcm mana kan...
lagipun aku ni jenis yang xsuka di paksa..
I KNOW WHAT I'M DOING>.!
aku tolak cinta dia elok2 je....
tapi kdg2 pemikiran dia xsetaraf dgn umo dia yang da pun 26..huh!


last2 aku dapat sekelas dgn dia...
and dapat 1 projek lak dgn dia..
wahhh memang xbole blahh..
tapi xpe sebab aku ni jenis yang xsuka kaitkan peribadi dgn benda lain...
so apa yg lepas tu lepas la..
sekarang kita 1 kelas...as fren only...
xde yang lebih dari tu...

haha n now aku dgn dia pun hanye kawan biasa...!





i got this birthday card from him...


actually he want to give me directly..


maybe i do not want to meet him..


so he just send me a mms..


but my IPHONE is bengong..cannot accept mms!


so i just receive mms,but i can't see the da card





so he send da card through fb ..


he said: TERKILAN SEBAB XDAPAT BAGI U KAD NI>..


i feel very well either...







p/s : akuu memang xsuka dipaksaaaaa........!

Tuesday, May 18, 2010

18/5/2010 Kejadian yang tidak diduga

argghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh......................
mengantuknya.....
pagi2,sejuk2,....hurm!sedap tidooo..
tapi apa kan daya otak ku tidak dipenuhi dengan ilmu2 utk lakukan peperangan pada 2.30 petang nanti....huwaaaaaa!
malasnyaa....
malas2 pun aku bangun gakkk.....kalau xbangun memang menangis la xdapat jawab kan...
kalau ikutkan cakap setan2 yang ada kat sebelah ni memang aku tido la....
disebab kan exam petang ni..
SORY YE SETAN2,HARI NI AKU XMO DENGAR CAKAP KOME....HAHAHAH








aku pun cepat2 la bukak nota aku yang macam ape ni ha...hahaha
kalau nota aku hilang mesti orang taw nota sape..
sebab nota aku la paling serabai barai...
bak kata orang (sebelum baca kena IRON dulu)hahahah..
memang xmacam nota da..hahaahha
kadang2 sampai muka surat belakang sekali hilang..haha
sebab aku ganas sangat..hahaha!
kalau da hilang tu,memang tak la aku nak photostat balik kan..haha
sambil2 membaca mulut ni duk mengunyah NASI LEMAK....
kalau time2 exam tipu la kalau xde secawan nescafe/kopi/white coffee..
haha jgn terkejut KOPI JANTAN pun aku bedal kalau xde nescafe..hahahahaha
da lumrah kehidupan..haha
xleh hidup kalau xde caffein ni...!
lagipun boleh hilang kan mengantuk yang adooooooo..!
entah boleh jawab ke tidak la kan exam nanti..
xabis2 duk thinking boleh jawab ke idakk...!
membaca nye xde..ish2...
serabut otak nak baca last minit ni...!
aduhhh..bape jam je lagi tuk ke meedan peperangan...
hope bole buat la kan.....!



Sesampai nye kat KOLEJ......
aku pun duk la belek2 skit nota2 yang aku buat pagi tadi tu..
yela mana taw last minit tgk dapat masuk kepala otak ni ke kan..hahah
aku masuk exam pakai tumit tggi u..hahaah
sebab nya kasut aku buatkan kaki aku melecet...
so xdela aku pakai kasut tertutup kan....
aku pun dengan selamba nye pakai la kasut tak tertutup ni...
cek punye cek aku lepas masuk bilik peperiksaan....
wah dengan semangatnya cari port baik nye nak jawab exam ni...


WHEN THE EXAMINATION BEGINS.....
aku pun secepat yang mungkin perah otak nak jawab paper ni...
wahh..syok punye syok menjawab..
tetiba lak seorang jejaka cakap dengan aku...


Jejaka : Kaki sakit ke?
Aku : Sakit? eh xla...(sambil buat muka pelik)
Jejaka : Habis tu kenapa pakai kasut xtertutup?
Aku : Mana ada kaki sakit, lagipun boleh je pakai kan! ada orang cakap boleh je..
shah alam pun cakap boleh...
(Aduh kecoh betul la..da la aku ngah sedap2 jawab exam..kacau time aku lak)
Jejaka : Shah Alam?awk dari mana sebenarnya ni...?Kalau sy cakap xboleh tu
memang xboleh
Aku : La kalau xboleh kenapa sebelum ni saya pakai lepas je...xkena tahan punn
Ada orang cakap boleh..Kalau xboleh xde nye saya nak pakai...
Jejaka : Lepas ni jangan pakai. sebab memang xboleh pakai..kalau orang tanya
cakap saya yang xbagi pakai
Aku : OK! (xdenye pandang muka dia..sebab cam bengang sikit la..bukan salah aku)


AKHIRNYA PAPER UTK HARI NI HABIS DIBUAT>>

aku antara orang terawal la jugak keluar dari AUDI.
hurm rasa cam boleh jawab tapi ada laa sikit2 tinggal..haha
yela kata baca last minit...
petang nak exam pagi aku baca...
so memang xla kalau nak dapat full mark kan..hahah
xpe janji puas hati..!
hahahaha(gelak puas hati sikit)hehe

Hurm..keluar dari audi turun bawah,,,
perghhh..hujan la pulak,.....!
aduiii....
hajat nak pi shopping cmplex nun kat depan sana tu...
bincang punye bincang pi kat kereta dulu park la dekat2 ngn shppng cmplex tu...
dengan hujan yang membasahi bumi ni..aku pun keluar la sambil dipayungi aisya..hahah
pi la kedai yang nak dikunjugi aisya..pas sttle...
jalan2 ternampak lak kasut crocs girl nye..
tertutup gitu..aku pe lagi amek satu la...!
(malas duk pikir beli kasut asyik melecet je..crocs ni lembut skit)
nak kuar hujan makin lebat la pulak..
aduh duk lepak2 sat..
tetiba ngah hujan2,sejuk2..
perut lapar lak..
beli la bubur ayam kat MCD....










pergh sedap ni sejuk2 makan bubur panas..erm nyumm2.....
pas beli, pi kt keta..dengan payung besar nye...
nak masuk kereta,,,
payung lak buat hal..
aku tekan2 xnak tutup lak payung ni..
waduh2...payung wat hal ke aku wat hal pn xtaw la..
da lama xpakai payung ni..hahaha
rupe2 nya aku salah picit da..
hahaha..awat la xnak tutup payung ni..
xguna aku berpayung akhirnya basah jua..hahahaahh
kesian2..abis kena bantai gelak,,haha

p/s : HAHAAHHAHA MACAM2 BENDA JADI HARI NI...HOPE ESOK BENDA
MENARIK XDIJANGKA AKAN BERLAKU..HAHAHAHHA















Mencuci MenCuca...!

kusyuK babe.....
wah suke nye......


xcukup tggi tuk basuh bumbung keta..haha

xcukup keta..moto pn kite sental gak..


Rajin sangat pasal xde kje ni..hahaah
org lain sebuk menyental,kite pun pe lagi sibuk la menyelit nak ikut sental skali..
kalau x,xde nye rajin nk menyental kereta ni...
tapi dalam byk2 komponen kereta..
aku suke tayar..sebab tayar ni mmg kotor la kalau berbulan xbasuh..
nak harap basuh dengan air hujan je,memang tak la rim tu nak kilat2 kan..haha
so memang bahagian rim la paling best utk disental...
sebab kat rim memang akan nmpk kilat je bila da duk sental2..hahaha
puas hati la..sebab duk menonggeng2 sental sana,sental sini..hahah
bak kata anak sedara aku..(aktiviti masa lapang)hahah
esok final exam..yang dak2 lain sebuk nga baca nota, aku lak menyebuk sental2 ni..
ish ape nak jd ni S.S?
pemalas betul...bila result da kantoi, ko nak bengang pulak kan?
padahal ko yang malas nak baca..ish2!bertaubat lah anda....
Ala kalau baca awal2 macam la masuk otak..
buat pening kepala otak ni lagi ada lah..!
so baik baca 12am satgi..
memang senang la nak input..tapi memang susah la nak menahan mata ni dari tertutup kan..haha
Tepat KUL 12....
waaaa sangat la mengantuk...
kelip2 mata menahan mengantuk yang adooooo!..
tanpa pikir panjang, aku apa lagi...
bbooooommmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm.............
tido la xmenyedarkan diri sampai la pukul 8.
p/s : waduh2 gue blum bacaan lagi ni..mampush laaaa..!





Sunday, May 16, 2010

opening kopitiam







wow today in history..
i wear scarves to cover my hair...heheh
apa mimpi pun tak taw la..
lagipun semalam lepas pi karok jalan2 nampak lak 1 kedai tudung ni..
so aku dengan terbuka hatinya beli la selendang yang macam2 coraknya..
haha bukan beli 1 tapi 4..hahaha
gila xgila..bukan pakai pun..
menggedik je beli...

tapi tula pakai jugak akhirnyeeee...
jeng3...adakah sudah tiba masanya aku menutup rambutku?
hurm soalan tu selalu la main kat kepala ni..
tadi pakai macam xkekok..
tapi cam panas sikit la...
tapi xpe..
belajar pakai dulu..
bila dah biasa nanti bole la terus pakai kan...

hurmmm
tadi pakai pun pi opening kopitiam tasya..
wah best oh dah ada kopitiam uuuuuu..!

hurm bila la turn aku tuk ada 1 kopitiam..
tapi kalau la rezeki aku bukak 1 kopitiam..
aku xnak ala kopitiam yang coklat colournya...
aku nak buat ala2 english style...
wah..white colour la jadinya....
wah mesti cun abis la...hahaha
aku pi kedai english style rambang mata tengok..
macam2 ada...hahahaah
rasa cam nak je beli semua..
tapi apa kan daya belum tiba masanya.hahaah

Monday, May 10, 2010

............A..............

wahhhhhhhhh!
sungguh xku sangka...

terkejut jugak bila aisya cakap aku dapat A mid term dalam comp..
sebab rasanya xboleh buat sangat..
and banyak sangat benda terlupa time nak jawab tu...
tu pun banyak bantai2 gak...
agak2 betul letak je la..hahah!

berbaloi la aku bangun pagi sikit dari hari biasa..hahahahh!

ala ni cuma mid term..
coswork aku macam mana la ek...
da la banyak kali xdatang klas..
minggu lepas tak sihat je...
hurm final ni memang kena buat betul2 la gamaknya..huh!

perah otak la jawab nyeee........
next week la tu FINAL..huhuhuhuh

Sunday, May 9, 2010

takdiR ciNta..

wah duk layan FB, buat asgmnt saja la layan lagu ni..
TakdiR cintA, lagu rossa...!

perh..touching gile lagu ni...
macam ada kena mengena lak ngan aku..hahahaha..
lagu ni memang sedih gila.....

aku suka pat awal2 lagu ni...

" KU TUTUP MATA KU DARI SEMUA PANDANGANKU BILA MELIHAT MATAMU KUYAKIN ADA CINTA KETULUSAN HATI YANG MENGALIR LEMBUT "

wah teringat someone...
heheh..
da la senyum comel...hahah
suka tengok mata dia...
hahahahaah...(gatai)

PUASA

Jeng! JEng! JeNg....

hari ni aku puasa...
kenapa aku puasa?
hehe,xsabar2 nak raya gamaknye...hahaha
xla, saja puasa sunat n puasa ganti..
yela bila lagi nak ganti kalau bukan sekarang...

kang da lambat2 ganti takut xsempat lak kang...
sekarang raya da cepat...
hurm cite pasal raya..rasa xsabar lak nak raya..hahahaahah

ish xtaw la nak makan apa berbuka ni..haha
rasa cam nak buat sandwich telur..urmm nyum2..
air bandung pun sodap...haha

dalam peti ais tu ada ayam and udang..
tapi xtaw nak masak apa ayam tu..

goreng pun sedap...hurm buat ayam goreng kunyit..wah sedap2..!
buat sayur campur sikit...
pastu buat sambal telur...hurm ok la tu simple2 je...
lg pun sape je yang makan...!

so menu berbuka hari ni...

1) sandwich telur
2) air bandung
3) ayam goreng kunyit
4) sayur campur
5) sambal telur

hurm ok la tu..

hapy mama days..!


aku duk la tunggu cup cakes ni sampai..
tunggu punya tunggu sampai akhirnye...
so aku pun wat payment...!
teng!teng! teng! nak wat surprise tp rse cm xmenjadi je..hahaaha
sbb xde port baik..
last2 xde nye surprise..hahaha
Sekurang-kurangnya ada la hadiah hari ibu dari kiteorang...
aku sempat la bagi high heels warna itam..
tapi aku da bagi awal2 da..hahaha
So apa lagi.. "HAPPY MOTHERS DAY MA!"

Wednesday, May 5, 2010

Demam...


wah sakitnya badaannnn.....
satgi kul9 de klaz..adui malasnye sebab badan da sakit2 da ni..
dengan batuk,flu, sengal2 badan..aduh sakit gile....
tettttttttttttttetttttttttttttttt..(bunyi mesej sampai)
adui sape la pulak anta mesej pepagi camni..
from maz- PAKAI BAJU KORPRAT KE?
aku reply- X KOT..
pastu aku tido balik....

1jam kemudian.....

bangun balik tgk da kul 8pagi da..adui xlarat ni...
otak ni duk fikir nak pi kelas ke xnak..

pikir duk pikir..
aku pun anta la mesej...

aku : MAZ AKU XP KLAZ TAW DEMAM LA>>
maz : OK G TAW AISYA

aku pun pi la duk anta msj kat aisya..

aku : XPI KLAZ TAW DEMAM LA X LARAT
aisya xrep sbb die mmg mlz rep msj pepagi...

aduh terasa nak tido balik..
tetiba mama panggil...

mama : KELAS KUL BAPE?
aku : KUL 9...
mama : AIK SEKARANG DA PUKUL BAPE DA
aku : YELA MAKNA NYA XPI KLAZ LA. AILA X LARAT LA..
mama : OH KALAU MACAM TU IKUT MAMA
aku : XLARAT LA NAK IKUT APA NYA
mama : ALA BUKAN BUAT APA PUN DUDUK JE..NANTI KAT SANA LARAT LA TU..
aku : HURM..(klu duk umah pun bukan watpe, tapi kalau nak ikut takut xlarat lak badan nanti pastu naik rimas)

aku pun bangun pi siap.....

bila da sampai sana..
wah memang xbermaya la aku...
tapi aku kuatkan gak badan ni..(xmo manja2 ye)
hurm..bila da tengahari...
mama duk tanya..

mama : DA BAGI DA?
aku : BAGI APA?
mama : KASUT LA...
aku : OH KASUT.LOM LAGI. SATGI LA..

Hurm pastu..bile da jumpa. aku pun duk bagi la KASUT yang aku beli kat MELAKA tu..

aku : NAH ARITU ORANG G MELAKA ORANG ADA BELI KAN KASUT.
dia : HA?(xdengar la tu)
aku : (aku explain la ape yang aku cakap tadi..)
dia: (sambil senyum) TERIMA KASIH..

wah segan lak aku..nanti die engat aku gatal lak kan?hahahah
adui2..! ala die da bagi aku kasut, aku bagi la dia kasut balik..hahahahaha

bukan nye menggatal ok..!

(lagipun dia lain...dia berani bagi aku kasut walaupun die xberapa kenal aku..nak kate gentle man xtaw la pulak sebab dia macam malu2 je..)

nak dipendekkan cerita..xde sorang pun berani wat cmtu..hahaha!

p/s: kalau la aku xdemam hari ni da lama da aku join GLP bowling competition kt wangsa walk..
hurm ape kan daya..sobs! sobs!.(xdapek da toman ajis,soryyyyy)

Tuesday, May 4, 2010

cuti2 melaka

P balik melaka pun sebabnya cousin tunang..tp tunang nye start umah perempuan kul 5petang..
wah3 memang xsempat la sampai kan..sebab gerak dari umah pun pukul 5lebih kot..

Sampai melaka pun pukul 10 lebih malam..wah perut da bergendang gendut apa lagi pi la RESTORAN TERAPUNG nak pekene ikan bakar..ramai xramai la sampai tak taw nak pilih meja mana sbb ramai sangat..!
Order punya order nak dekat setengah jam baru air sampai.
Padahal order 1jug oren juice n ada la 2'3 cawan air lain..
tapi memang lambat gile...dahaga, lapar n panas nye buat orang rasa bengang gak la..
Tanpa berfikir panjang amek la air ecpi dalam kereta..
Hilang gak la dahaga aku ni kan...

Pastu makanan nye nak dekat 1 jam tunggu baru sampai..
Hanya tuhan yang taw betapa penat nya menunggu...

kul 11 lebih baru bole makan..
bayangkan la xmakan dari pagi,pastu duk menunggu lagi...adui2..saba jela kan..!

Pastu lepas habis makan ronda2 situ n terus balik semabok...
perh apa lagi lelap la...penat tuhhh..!


Awal paginya aku bangun n tdo pastu tengahari aku bangun balik..
wah pening nya kepala..dah lama tak bangun lambat kan...

Tiba2 dapat mesej.

ajis : WEH BANGUN..NAK IKUT AKU JALAN2 X?

aku : HURM TENGOK LA DULU AKU BANYAK ASGMNT NI..

ajis : KO KT MANA TU?..AWAL BANGUN..

aku : KAT UMAH LA..AWAL LA SANGAT..

ajis : AWAL LA TU.KAHKAHAKAH..HYP DENGAR PULAK MSJ MASUK EH..
HEHE KO WATPE TU? MEH LA DTG SINI MAKAN NASI LEMAK...

aku : aku xengatt pe aku rep sbb nga mamai time tu..

ajis : CEPAT LA DATANG SINI AKU DA BOSAN NI..

lepastu aku xrep sebab aku trtido balik...ahhahaahahhahaahahah

bangun2 je NASI LEMAK da sampai rumah..hahahah(xyah aku nak p umah ajis)
Tapi aku xmakan pun sebab xlapa time tu..

Nga wat asgmnt..aku dpt call cakap nk kuar..CEPAT SIAP AKU AMEK..
hurm aku pun siap n kuar jela dengan asgmnt tah kemana...
-bowling,karok,shopping..
beratus gak la abes ari tu..

waaaa kering duit aku.......
mane aku nak cari duit ni?
ATM la jawab nye...

ATM pn da kering..hahahah
ish2 xpe skali sekala berabis duit..duit sendiri gak kan..(pastu pening duit xde)haha
yang penting xmintak org..hehe(gud girl)

malam sampai umah...
sok kul 4pagi balik KL.....

wah hari yang memenatkan betull..........................

kasut..


Oh my god..tu la yang bole aku cakap..
aku taw perangai lelaki..
so aku ngerti la ape yang lelaki buat..
kadang2 aku paham tapi saja buat2 xpaham..(wah jahat sungguh aku)

Perangai lelaki yg memang xdapat dipisahkan macam main kacau2..
So aku jenis yang xamik ati atau pun xamek port kalau orang nak kenal2 ke ape..
sebab bagi aku dieorg hanya nak main2 je..so aku paham..
aku pun layan gitu2 jela..
xde la nak melayan menggedik2 bagi no fon semua...
ohh...aku bukan jenis yang macam tu...
nak no mintak mama..hehe
bila org tanya da ada bf?
-aku jawab ADA

hehe(sejak bila ada pun aku xtaw)

Ada 1 kes ni...
Terkejut xterkejut la kan..
Dalam banyak2 yang cakap nak kenal...
Dia la yang tetiba duk ulur kasut kat aku...
Terkejut la..tiba2 je duk sengih2 ulur kasut cakap NAH DARI BALI...
hehe sebelum aku amek aku tanya dulu,
BETUL KE?
dia cakap BETUL ke, dia angguk ke tak engat la pulak kan..hehe
so aku pun amek la
kang xamik die amek hati lak kan...
Tak nak la macam tu..sebab bak kata mama jangan sakitkan hati lelaki selagi dia tak sakitkan hati kita..N jangan la cakap kasar or kurang ajar or meninggi suara dengan lelaki..

So aku ikut jela nasihat2 yang mama bagi tu...

So cite skang aku dapat la sebelah kasut dari BALI..hehe
Seblah lagi den xtaw...

Bila mama tanya dia AI SEBELAH JEKE KASUT,MANA SEBELAH LAGI..
dia cakap SEBELAH LAGI KAT SAYA....hehehe

entah betul entah tidak la kan...

apa2 pun TERIMA KASIH la sebab bagi kasut tu...!