aku hanya insan biasa

Selamat datang n selamat pulang la korang ye..!hehe. hope xpening baca entry aku.. btrabur kot..ahahaha




Saturday, December 17, 2011

al hijab..




AL HIJAB....

kalau cerita pasal hijab mula-mula ingatkan pasal tudung. Tak tahu pulak cerita al hijab tu pasal MATA KE-3.. Mula-mula ingatkan cerita tu macam cerita NUR KASIH yang more tu keagaamaan. Last2 tengok OHHH..CERITA HANTU RUPANYA. Berkisahkan mengenai lelaki yang tak pernah mempercayai kewujudan hantu, dan dia di beri tawaran memegang watak utama untuk sebuah filem genre SERAM. Dia tidak langsung mempercayai kewujudan hantu dan tak pernah ada rasa takut pada hantu kerana dia adalah insan yang tidak langsung wujud hijab pada dirinya. Dia dengan nekad untuk bukak hijabnya untuk merasai bagaimana rasa kewujudan hantu> Dia berbuat demikian untuk mendapatkan feel berlakon cerita seram itu.

HIjab bermaksud mata ketiga.
Hanya orang tertentu sahaja yang boleh mendapat hijab. Memang rezeki tu.
Kalau kita nak bukak hijab ,berdasarkan cerita AL HIJAB tu hanya orang yang membuka hijab seseorang itu saja yang boleh menutupnya kembali. Sekiranya orang itu kembali ke rahmatullah agak-agak siapa apa ye yang akan jadi. So renung-renungkan lah. Memang sengsara dan boleh jadi gila taw kalau betul-betul kita ada hijab yang kuat.

Ha cerita pasal hijab ni, kita nak bagitahu sikit yang kita rasa kita ni ada sedikit hijab rezeki dari ALLAh untuk pertontonkan segala dunia lain pada kita.

Contohnya kita nak bagitahu kat sini, kita senang untuk merasa kehadiran makhluk-makhluk halus. Kita juga pernah diberi keizinan ALLAH untuk melihatnya sendiri di depan mata dan juga di dalam mimpi nya nyata. Awak-awak semua paham tak apa tu dalam mimpi yang nya?? Kita pun tak tahu lah nak cakap macam mana sebabnya susah untuk kita ungkapkan di sini. Hanya orang yang pernah merasainya akan paham apa yang kita sedang perkatakan.

mungkin bagi sesetengah orang benda ni adalah benda yang karut. Tetapi ini terpulang lah pada individu itu sendiri untuk mempercayainya ataupun tidak.

kita ada sedikit nak kongsi cerita yang pernah kita alami.

CERITA SATU..

Suatu malam ketika kita sedang nyenyak tidur ada satu bayi kecil duduk di atas dada kita. kelihatan macam seekor anak toyol. Dia mempunyai mata yang sangat bulat, kepala yang botak dan hanya memandang ke arahku da nampak macam langsung tak nak lepaskan kita. Kita pelik jugaklah apa motif mimpi ni kan. Bila lama-lama kita pergi pada yang pakar. Pakar tu cakap itu anak toyol. Wooo dalam hati BIARRR BETIKK..???

Cerita DUA..

Semasa di asrama sebuah sekolah teknik di MELAKA. Pada awalnya kita memang takut sangat nak duduk situ sebabnya kawasan sekolah tu dipenghujung kampung dan betul-betul di dalam kawasan kelapa sawit.

Macam-macam kejadian aneh di situ. Pada minggu pertama kita di sana. Kita nampak seperti seorang wanita membalut tubuhnya dengan telekung. Kita hanya nampak benda ni di setiap penjuru bumbung. Memang masa tu tak tahu la nak cakap apa. Sebabnya kawan-kawan kita tak pernah merungut nampak apa yang kita nampak. Kita selalu balik prep(study) dalam kul 10 lebih malam tau. Dekat situ 10 lebih memang dah sunyi sangat dah. Orang cakap kalau kita bagitahu orang apa yang kita nampak, kita tak akan nampak benda tu lagi tau. berminggu-minggu kita tahan diri ni untuk tak bagitahu pada kawan-kawan. Tapi pada suatu malam tu mulut ni nak sangat cakap. Tapi keesokkannya kita dah tak nampak benda-benda tu lagi. UNIKK KAN..???
Bagi kita itu adalah rezeki sebabnya tak semua orang boleh nampak apa yang kita nampak.

CERITA TIGA..

Semasa kita bercuti di banglo PD. Memang pun orang cakap banglo tu agak seram-seram sikit sebabnya macam-macam orang pernah lalui. Tapi tempat tu tak lah teuk sangat sampai jadi tempat yang menyeramkan. Ada satu hari tu. Mama amik master bedroom. Dalam bilik tu ada beranda. Kebetulan pulak kitaorg saja tutup lampu bilik tu and kita, mama and aboy pergilah kat beranda tu konon2 amik angin malam gitu.cewahh.
Lepas settle amik angin malam, aku masuk pastu diikuti mama and tetiba mama tutup pintu.Kita cakap kat mama "MA ABOY DEKAT LUAR TU NAPE MAMA TUTUP PINTU". Mama cakap "MANA ADA ABOY LA". JENG! JENG! JENG!... Siapakah gerangan budak lelaki kecil yang ada kat depan kita tadi tu?? adakah dia menyerupai?? Tapi dia sikit pun tak kacau. hanya muncul macam tu saja.

CERITA EMPAT..

Kisah ni terjadi sewaktu kita melawat arwah atuk kita masa december 2008 di Hospital Kuala Lumpur. Cerita dia macam ni. lepas ziarah atuk kitaorang nak balik and pergi lah ke lif ni nak turun kat bawah. Kebetulan masa nak jalan tu ada cermin. sambil tunggu-tunggu lif tengok cermin. Dalam otak duk pikiaq. "ISH ANAK SAPA LAH DUK LARI-LARI IKUT BLAKANG MAMA TU??" Bila tengok mama. tak ada pun budak tu. Bila tengok dalam cermin ada je..Pelik kan. Tapi time ni kita dengan kakak je yang nampak budak tu. Cuma dalam fikiran ni asyik terfikir-fikir apa benda la tu kan. Perasaan ni memang tak ada rasa takut cuma rasa mushkil je. hurmm....

CERITA LIMA..

Kita ni memang kerjanya menjala la kan. Bukan menjala ikan la wak. Menjala roti jala tu haa..hehehe! Kalau ada order yang banyak nak2 pulak customer tu nak pagi2, memang awal pagi sangat lah kita kena bangun. Selalunya mama yang akan kejut kita untuk buat benda ni. Tengok la kalau beratus-ratus banyaknya kul 4 kita bangun. Dulu rasa nak buat 100 keping rasa banyaj sangat je. Sekarang buat 500 above kira bole chill lagi lah tapi pening nya lepas tu tak terhingga lah.hehe. Ok kita dah lari tajuk pulak. Ok berbalik pada kisah kita tadi. Kalau kita cakap bangun pagi buta tu memang time tu semua orang tengah tido lah kan. Kita buat lah kerja menjala kita ni dalam keadaan mamai. Buat pulak betul-betul menghadap tingkap. Memang kita akan bukak tingkap tu sikit untuk bagi udara keluar. Tengah-tengah menjala tu, tiba-tiba ada lelaki pakai jubah duduk berdiri tegak depan kita jauhnya 2kaki tak silap. Memang confirm dia pandang arah kita. Kita masa tu pelik je pasal apa tetiba ada orang duk depan kita pulak kan. Kita pun teruskan je lah kerja kita. Kita buat kerja sambil usha kejap buat keja kejap usha.hehe.. Tapi kita tak berani pandang muka dia. kita hanya nampak dada kebawah je.Kita agak-agaklah lelaki tua kot. Memang tak lah kita nak pandang muka dia kan. Ada pengsan kat situ kang. Siapa yang menjala siapa pun tak tahu kang.haha.. Dalam 5-10 minit jugak lah dia duduk depan kita. Lepas tu kita tak ingat sangat lah, kita rasa lepas tu dia pergi macam tu je. Kita masih tak tahu apa maksud semua ni..???(thinking)

CERITA SELANJUTNYA...

Nak cerita selanjutnya??hehe tak payahlah. penat lah nak menaip. Tu saja yang kita boleh kongsi. Mungkin bagi setengah orang cerita ni macam bohonh kan??.. Tapi it's up to you kalau nak mempercayainya ataupun tidakk =)

Mama ada jumpa pakar perubatan islam..mama ajak kita sekali.
kita malas sebenarnya nak pergi.hehe. Sebab kita bukannya sakit ke apa kan.
Tapi orang yang ubat ni cakap memang ada benda yang kita tahu tau.. Tapi mintak-mintak tak ada apa2 yang berlaku la kan. Orang tu cakap kat mama nak tutup mata tak? Pastu mama balik mama tanya kita kalau nak tutup mata orang tu boleh tolong. Kita cakap kat mama balik "TAK PAYAH LA MA, AILA BUKAN TERUK SANGAT PUN SAMPAI BOLEH GILA KAN.LAGIPUN BUKAN NYA SAKIT PUN. hehehe orang degil macam tu la kot..

Tapi tak apa mintak-mintak tak ada apa-apa la kan.
Haaaa itu saja cerita pasal al-hijab dari kitaa..

chow chin chow... :*