aku hanya insan biasa

Selamat datang n selamat pulang la korang ye..!hehe. hope xpening baca entry aku.. btrabur kot..ahahaha




Sunday, June 14, 2009

Sukarnya kehidupan..

Aku berjalan mundar–mandir di kawasan shopping complex yang selalu dikunjungi. Suasana bising yang kedengaran di sekitar kawasan itu. Aku gelisah . Sudah berkali-kali Aku menghubungi Lutfi. Namun Aku tidak berdaya mencari lelaki itu. Entah kemana perginya. Aku risau seandainya ada perkara buruk yang berlaku pada Lutfi kesayangan ku itu. Kerana kelmarin Lutfi pernah menhantar kiriman sms yang berisi ‘sekiranya apa-apa terjadi pada abang tolonglah tinggalkan abang, abang ingin minta maaf sekiranya selama kita bercinta abang pernah menyakiti hati awak’. Kata-kata itu masih berlegar di kepala Aku. Di dalam hati hanya Tuhan yang tahu bahawa betapa risau nya Aku bila memikirkan kata-kata tunang.

Suasana suram seketika kerana ketika itu Aku berada di hujung sudut di Restoran segera yang memang terkenal di sini. Aku cuba lagi untuk menghubungi Lutfi tetapi apa kan daya Lutfi menekan butang letak di skrin telefon bimbitnya. Hati Aku dapat merasakan sesuatu yang tidak di ingini akan berlaku kerana hati Aku tidak tenteram semenjak Lutfi menghantar kiriman sms yang amat mencurigakan hati . Dengan hati yang runsing Aku pun memesan chicken chop makanan yang paling Aku gemari. Chicken chop juga mengingatkan Aku pada Lutfi kerana Lutfi lah yang akan memasak kan chicken chop untuk Aku kerana Lutfi seorang tukang masak di Restoran Barat yang terkenal dia juga pernah melanjutkan pelajaran di Korea Selatan dalam bidang Seni Kulinari. Sedang sibuk menjamah makanan yang di pesan tadi Aku pun melilaukan mata. Aku tersentak seketika kerana terpandang seorang lelaki yang amat Aku kenali bersama dengan seorang perempuan seksi dengan mesranya mereka jalan bersama sambil berpimpin tangan. Alangkah sedih nya hati bila terpandang tunang yang amat disayangi rupa-rupanya seorang yang penipu dan player. Di dalam hati Aku berdoa supaya Allah menenangkan hatiku yang terasa amat pedih seperti ditusuk sembilu berbisa. Badan terasa amat lemah dan dikelilingi dengan cahaya hitam lalu langsung rebah.

Terasa orang memukul-mukul pipiku dan kedengaran suara seorang lelaki memanggil dengan nama cik!cik!cik!. Aku cuba untuk membuka mata tetapi terasa berat sekali untuk membuka nya. Alangkah terkejut dan tergamam nya Aku kerana ketika itu aku berada di atas pangku seorang lelaki yang tidak pernah kukenali. Aku cuba untuk bangun tapi tidak terdaya untuk berbuat demikian.
Bila diri ku sedikit ok lelaki itu langsung menanyakan nama. Semenjak kejadian itu aku mula berkenalan dengan lelaki yang memangku ku ketika ku rebah. Aku terasa sejuk bila mendengar nama nya.
“Demi sebuah kenyataan yang amat menyakitkan..” kedegaran lagu Sudirman yang memecahkan kesunyian. Nama Iskandar terpapar di skrin telefon bimbit aku. Sudah lama bergayut di telefon Iskandar mengajak ku keluar untuk makan malam di restoran yang amat digemarinya. Terasa tenang bila berada di dalam restoran itu sambil mendengar alunan viola yang sedang dimainkan oleh seorang lelaki yang segak berpakaian serba putih.

Setelah 6 bulan berkawan Iskandar pun menyatakan hasratnya untuk menjadikan aku suri di hatinya.
Aku tergamam dengan kata-kata nya tapi hatiku terasa amat gembira kerana kata-kata itu lah yang aku nanti-nanti kan. Iskandar bekerja sebagai seorang tukang masak di Hotel yang terkemuka di Kuala Lumpur. Dia juga pernah melanjutkan pengajiannya di Amerika Syarikat. Iskandar berumur 33 tahun bermakna dia lebih tua 10 tahun dari Aku. Mulut Mama tidak pernah lekang untuk mengajukan soalan pada Iskandar . Yela nak di jadikan menantu mestilah harus tahu di mana datang asal usulnya, Apa pekerjaan nya dan berapa umurnya. Aku yang terasa penat melihat gelagat Mama yang tidak henti-henti mengajukan soalan pada Iskandar.
Pejam celik, pejam celik aku sudah pun mendirikan rumah tangga bersama insan yang aku sayang. Siapa lagi kalau bukan Iskandar. Iskandar seorang lelaki yang amat penyayang dan sentiasa bersabar melayan kerenah Aku yang mungkin akan membosan kan sesetengah lelaki tetapi bagi Iskandar tidak kerana Aku always right. Iskandar melayan aku dengan sepenuh jiwa dan raganya. Dia tidak pernah mengeluh. Aku terfikir sejenak mengenangkan masa lampau. Bila difikirkan kembali memang ada hikmah di sebalik perpisahan Aku bersama Lutfi kerana Lutfi kini hidup di dalam penjara hina disebabkan oleh perbuatan terkutuk nya yang tidak aku sangka-sangka kan. Dia hidup di dalam penjara kerana di hadapi bersalah merogol teman wanita sendiri.

Aku amat bersyukur kerana di temukan dengan Iskandar . Aku selalu berdoa supaya hidup ku diberkati Allah dan bahagia selama-lamanya sehingga ke akhir hayat. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa Aku sayang dan cinta pada suamiku, Iskandar. Terasa ingin selalu berada di sisinya.

Tiba-tiba anak di dalam kandungan ku ingin lahir di dunia ketika Aku sedang sibuk berdoa pada yang Esa. Abang!Abang!Abang! anak kita dah nak keluar.
Iskandar dengan kelam-kabut nya terus berlari ke arahku. Aku pengsan.
Sedar –sedar Aku sudah pun melahirkan anak. Aku terasa amat sakit di bahagian perut akibat di bedah untuk mengeluarkan cahaya mata yang memang aku nanti-nantikan. Tetapi anak dan suamiku tidak kelihatan di ruangan pembedahan di jalankan. Apa benar anak ku tidak dapat hidup di dunia ini. Ungkapan itu sahaja la yang berlegar di kepala ku. Apabila Iskandar memasuki pintu di bilik pembedahan, hati ku tersentuh dan Aku tidak dapat menahan air mata yang sudah pun membasahi pipi. Terima kasih Ya Allah kerana memberiku zuriat yang sempurna. Iskandar sedang mendukung anak perempuan yang lalu dibacakan iqamah di telinga nya. Selesai iqamah Iskandar menuju ke arahku lalu mengucup dahiku dan berkata ‘ anak kita macam muka bonda dia. Bila pertama kali melihat anak itu aku menangis dan mengungkapkan kata-kata yang aneh seperti aku tidak dapat bersama Iskandar untuk membesarkan anak kami. Memandangkan cahaya mataku perempuan lalu aku memberinya nama Mahsuri Rabiyatul Adawiyah. Selesai memberi puteri ku nama. Perut ku terasa sakit yang teramat sangat lalu ku berbisik di telinga Iskandar ‘abang jagalah Mahsuri Rabiyatul Adawiyah seperti abang menjaga saya dan sayangilah puteri kita seperti abang sayang pada saya.Beri lah puteri kita didikan agama yang cukup dan ceritakan lah cerita kita pada dia supaya dia kenal erti sayang dan supaya dia dapat rasakan yang saya sentiasa berada disisinya.
Ungkapkan lah kata-kata bahawa bonda nya sayang dia tetapi tidak dapat bersama ayahnda nya untuk bersama-sama membesarkan dia. Sebelum Aku melepaskan nafas terakhir aku sempat mengucup dahi Iskandar dan Mahsuri Rabiyatul Adawiyah.
Terkilan kerana tidak dapat bersama-sama suami dan anak tercinta menempuh hari-hari yang akan datang.


.Cerpen pendek.
Cerita Asal =
Suhailah sharin…
Salam terakhir>sudirman

2 comments:

wan-to-tree said...

ni pon panjang jgak...
tidak dapat ku habis kn jgak...

p/s: cerpen 2 3 perenggan sudah...

suE shaRin said...

haha 2 3 prggn tuk sek rndh leh la..haha

umo da tue nk yg cerpen dak skola je..haha