aku hanya insan biasa

Selamat datang n selamat pulang la korang ye..!hehe. hope xpening baca entry aku.. btrabur kot..ahahaha




Sunday, June 14, 2009

AURA CINTA

Aku baru sampai di restoran mewah yang terkemuka di Bandar Kuala Lumpur. Aku pun mencari meja kosong dihujung sudut lalu duduk kerana disitu agak tenang sedikit. Sementara menunggu pesanan tiba. Aku membuka computer riba lantas menyambung kerjaku. Susah juga mendapatkan ilham untuk mengarang Novel . Sedang sibuk menaip tiba-tiba aku terpandang seorang jejaka yang memiliki aura yang luar biasa. Hati ku merasa resah gelisah melihatnya . Pertama kali aku terpandangnya jantungku terus berdegup kencang. Tiba-tiba jejaka itu merenungku aku terperasan sendirian yang Dia merenungku dengan sepenuh cinta dan kasih sayang. I WISH! Ketika itu Aku hanya tersenyum kegembiraan hanya Tuhan yang tahu betapa bahagianya hidup ini.


Tapi ketika itu melihat Dia sedang makan berdua bersama dengan seorang perempuan yang sangat manis.
Dalam hati ku berkata’itu mungkin kekasih nya’ dalam masa yang sama hatiku terasa sedikit sedih. Walaupun Aku tidak pernah mengenali jejaka itu tapi Aku dapat rasakan perasaan cinta Aku pada Dia membuak-buak pada masa itu. Itu semua kuasa Tuhan dan cinta itu buta tanpa mengenal diri seseorang. Tapi sedetik aku bertanya pada diriku apa benar aku mencintai dirinya sedangkan aku tidak pernah berkawan,bercakap dan berkenalan dengannya. Aku hanya sekadar mengenali nya begitu saja. Aku terpikat dengan pandangannya matanya for me pandangannya sangat tajam dan bermakna buatku. Dan suaranya yang dapat memikat hati aku yang sedang bergelora ini.


Hurm sekiranya aku dijodohkan bersama dengannya alangkah bahagianya hidup ini. Akan ku bina mahligai yang penuh dengan kasih sayang seperti Nabi Muhamad memberi kasih sayang kepada isteri-isterinya. Seorang lelaki datang dengan tiba-tiba nya duduk di kerusi kosong yang berada di depanku sambil memangil namaku berulang kali’sue!sue!sue Tiba-tiba aku tersedar dari lamunan . Syed Reeza bekas kekasih ku tiba-tiba muncul tanpa memberi salam. Dalam hati berkata “ish tak boleh tengok orang senang sikit ke orang nak berangan pun kacau je”. Dia memandangku seolah-olah ingin menyampaikan sesuatu. Aku diam membisu. Syed Reeza memang ada sesuatu yang ingin di ungkapkan nya. Aku menepis tangan Syed Reeza kerana dengan tiada rasa hormatnya dia mahu mengucup tanganku. Dalam hati berkata”Aku paling pantang orang yang biadap macam kau ni, nasib baik Aku close with your family kalau tidak dah lama makan penampar Aku. Ada ke dia nak Aku kembali pada dia untuk menjadi suri di hati dia. Dulu tinggal kan Aku kerana sibuk mahu mengejar perempuan kaya yang tidak pernah lekang bersama kereta BMW dia itu . Minta maaf Syed Reeza awak bukan lelaki yang saya impikan selama ini dan saya tidak akan menerima awak kembali. Bak kata orang dah ludah jilat balik. Tiada perasaan malu ke. Saya dah pun mempunyai buah hati yang amat saya sayangi. Jadi awak jangan ganggu saya lagi. Aku terpaksa berbuat demikian walaupun Aku masih lagi belum mempunyai buah hati. Ketika itu aku bersuara agak lantang sehingga kedengaran di meja jejaka yang Aku berangan kan tadi. Tersenyum seketika. Dengan tiba-tiba nya jejaka tadi bangun lalu duduk di sebelah ku.
Aku tergamam . Dalam hati berkata “kenapa dia duduk di sebelah ku”. Lalu jejaka tadi bersuara dan menghulurkan tangan nya untuk bersalaman dengan Syed Reeza sambil berkata “ Hi saya Iskandar. Saya kekasih baru Sue. Aku diam membisu tanpa kata-kata. Dengan pandangan dan perasaan pelik nya pada Iskandar. Iskandar hanya memberi senyuman pada ku. Aku cair dengan senyuman Iskandar yang macho tu. Aku terleka sehingga terlupa Syed Rezza masih di depan ku. Tiba-tiba Syed Rezza bangun dan beredar tanpa kata-kata.


Aku masih diam seribu bahasa. Iskandar menghulurkan tangan ingin bersalaman dengan ku tanda ingin berkenalan.
Aku hulurkan tangan ingin menyambut salam Iskandar dan memperkenal kan diriku pada nya. Iskandar tersenyum lalu berkata dia sudah mengetahui nama ku kerana Syed Reeza memanggil namaku dengan kuat sehingga kedengaran di meja nya. Perempuan yang makan bersama Iskandar sebentar tadi datang menuju ke meja ku. Dengan perasaan takutnya aku memperkenalkan diriku pada perempuan itu..
Alangkah terkejutnya aku apabila perempuan itu menyatakan bahawa dia adalah kakak kepada Iskandar.
Perasaan gembira dan segan menyelubungi hatiku.


Semenjak kejadian itu Aku saling bertukar nombor telefon bimbit. Telefon bimbitku kerap di hubungi oleh nombor Iskandar. Aku mula rapat dan menjadi kawan baik. Beberapa bulan kemudian. Iskandar membawa rombongan meminang ke rumah ku . Perkara ini memang tidak pernah di jangka dan Aku tidak pernah terfikir yang Iskandar ingin memetik Aku menjadi ratu hatinya. Aku dan ISkandar sangat rapat . Aku fikirkan hubungan Aku dan Iskandar berakhir dengan hubungan kawan baik. Tetapi sangkaan Aku kurang tepat . Iskandar membawa rombongan meminang tanpa pengetahuan ku kerana takut akan kehilangan ku. Aku pernah mengajukan soalan pada Iskandar yang semenjak bila dia mencintai ku. Dengan selambanya Iskandar menjawab apabila kali pertama kita bersua di Restoran mewah di Kuala Lumpur. Aku memang tidak percaya tapi jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Kita yang merancang tetapi Tuhan yang menentukannya. Aku bahagia semasa naik ke jinjang pelamin dengan bertemakan warna emas kerana Iskandar adalah kerabat diRaja dan nama sebenar Iskandar adalah Raja Iskandar bin Raja Ishak. Aku hidup bahagia bersama orang yang kucintai dan kini Aku memiliki 3 orang cahaya mata. Ketiga-tiga anak ku perempuan. Jadi Aku dan Iskandar berpakat meletak kan nama Akwa di setiap hujung nama.


Puteri sulung kami Raja Rasya Sofia Akwa. Raja Raudah Ulfathun Akwa untuk puteri kedua . Puteri ketiga bernama Raja Rabiyatul Ehsan Akwa. Kini Aku hidup bahagia bersama suami tercinta dan puteri-puteri tersayang.
Aku sentiasa mendoakan kebahagiaan kami.



Cerpen Pendek

Cerita Asal = Suhailah Sharin..

2 comments:

Anonymous said...

panjang sungguh cerita mu itu sue..
tidak dapat ku habis kn..
kerna ku tidak suka membaca..
hahaha..

syed mohd izwan baek saje..
hihi...

suE shaRin said...

pndek la 2..
haha.
adush en.wan2!