aku hanya insan biasa

Selamat datang n selamat pulang la korang ye..!hehe. hope xpening baca entry aku.. btrabur kot..ahahaha




Saturday, June 27, 2009

Kenali lelaki melalui rambut

Haaaaa….benda best nih…balik ni tengok rambut boifren,ayah,abang,adik ataupun suami
,ataupun diri sendiri asalkan yang sewaktu dengannya.

1) RAMBUT LURUS
- bijak, seorang yang happy, bergaya, cemburu,dan berpotensi dalam bidang kesenian.

2) RAMBUT KERINTING TEBAL
- kurang bijak, degil, cenburu kuat, romantic, banyak pergaulan dan susah dalam menyelesaikan masalah diri, tidak suka termenung,

3) RAMBUT KERENTING NEGRO
- bijak, ego, cemburu buta, romantic , memilih dan mudah mengamuk bila
susah hendak selesaikan masalah

4) RAMBUT IKAL MAYANG
- bijak, berfikir sebelum melakukan sesuatu, berfikiran terbuka, banyak
pergaulan, dan mudah memaaf kan seseorang dengan kesilapan lalu.

5) RAMBUT HALUS/LEMBUT
- bijak sangat, memilih, pemaaf, manja, tegas dan cepat melakukan
perkerjaan dengan bersungguh-sungguh.

6) RAMBUT SIKIT
- bijak, sentiasa berfikiran negatif pada seseorang,ego, dan pandai
membuka perniagaan walaupun kecil.

7) RAMBUT PERANG
- kurang bijak, berfikiran terbuka, pemaaf, sosial dan bijak lari
daripada masalah.

8) RAMBUT TEBAL
- bijak, degil, cemburu, romantic, kasar, banyak kawan, dan pandai
mengambil hati seseorang.

9) RAMBUT KUSUT

- sangat bijak, berfikiran terbuka, banyak pergaulan, garang, susah nak
memaafkan seseorang, dan pandai dalam mengurusan sesuatu tanpa pertolongan.

10) RAMBUT BERUBAN
-kurang bijak, suka termenung, sosial sikit, berfikiran terbuka dan
pandai selesai kan masalah diri. (additional ..++)

11) RAMBUT MOHICAN/PUNK
- pembersih, suka menyapu sampah, memberus kasut dan membersihkan
sawang. amat sesuai di buat suami mahupun pembantu rumah.

12) RAMBUT BOTAK
- open-minded, senang dipandang terutama diwaktu malam tanpa menggunakan
topi keledar ketika membawa motor mahupun mesin pemotong rumput. Celik
‘IT’ orang nya..

13) RAMBUT ALA ‘ZAIBO’
- sesuai bekerja menurap jalanraya dan menyapu jem pada roti.
‘Accident-prone’ e.g kepala selalu jadi target ketika bermain bola
kerana kes salahtafsir.

14) RAMBUT PALSU
- bersifat pendusta, pembohong dan buta ‘IT’ . Suka menabur janji dan
amat jarang menabur wang di tepi-tepi jalan.

15) RAMBUT ALA ‘PUA CHU KANG’
- don’t play-play with this category haah..!! he will hentam you, you
know? kenaper?? tak percayaee??

No comments: